MUTIARA KATA IMAM AL GHAZALI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya    “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Muridnya yang pertama menjawab: “ibu bapa”, muridnya yang kedua menjawab “teman”, muridnya yang ketiga menjawab “guru”, dan muridnya yang keempat menjawab “isteri atau suami.” Imam Ghazali menjawab: “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah mati. Sebab itu janji Allah, bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.” (Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali bertanya lagi: “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?” Muridnya yang pertama menjawab: “bulan”, muridnya yang kedua menjawab “bintang”, muridnya yang ketiga menjawab “matahari”, dan muridnya yang keempat menjawab “Negeri Cina.”  Imam Ghazali berkata semua jawapan itu benar tetapi yang paling tepat ialah masa lalu. Walau apapun kemudahan atau kenderaan yang kita ada, kita tidak boleh kembali kepada masa lalu. Sebab itu kita perlu menjaga hari ini, esok dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang dituntut oleh agama.”

Imam Ghazali menyoal lagi: “Apa yang paling besar di dunia ini?” Pelbagai jawapan yang diberikan oleh murid-muridnya.   Muridnya yang pertama menjawab: “gunung”, muridnya yang kedua menjawab “bumi”, muridnya yang ketiga menjawab “matahari”, dan muridnya yang keempat menjawab “bulan.” Imam Ghazali membenarkan semua jawapan muridnya namun ia berkata jawapan yang paling tepat ialah hawa nafsu (Surah Al A’raf: 179). Oleh itu kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka.”

Imam Ghazali bertanya lagi: “Apa yang paling berat di dunia ini?” Murid-muridnya memberi pelbagai jawapan yang munasabah.  Imam Ghazali sekali lagi mengiyakan semua jawapan murid-muridnya namun ia berkata: “Perkara yang paling berat di dunia ini ialah memegang amanah (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, gunung-ganang dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali bertanya lagi: “Apakah perkara yang paling ringan di dunia ini?” Selepas menerima pelbagai jawapan daripada murid-muridnya, beliau berkata: “Semua jawapan kamu itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.”

Imam Ghazali bertanya lagi, “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?” Murid-Muridnya  dengan serentak menjawab: “Pedang”. Imam Ghazali membenarkan jawapan itu, tetapi berkata: “Itu benar, tetapi yang paling tajam ialah lidah manusia kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukakan perasaan orang lain.”

Semoga kisah di atas menjadi renungan kita bersama.

Salam,

ANBAG

About these ads

About anbag

About my self
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s