Mencari hakikat kecemerlangan dalam pekerjaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pada 2.9.2010 saya berpeluang mendengar ceramah bertajuk Mencari Hakikat Kecemerlangan.  Ceramah disampaikan oleh Prof. Dr. Hj. Mohd Hanim b. Mohd. Tahir, Konsultan Excel Training & Consultancy.  Ternyata Prof. Dr. seorang penceramah yang hebat dan beliau telah mengupas persoalan bagaimana untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.  Di sini saya ingin berkongsi apa yang telah saya perolehi selama hampir 2 jam mendengar ceramah Prof. Dr. dan saya akan cuba mengulas dalam konteks bagaimana kita hendak mendapat keberkatan dalam pekerjaan kita.

Komited kepada pekerjaan anda

Untuk menjadi cemerlang kita perlu mempunyai iltizam kepada kecemerlangan.  Kita perlu mengukuhkan niat dan azam untuk menjadi yang terbaik.  Terbaik dalam apa sahaja yang kita kerjakan dan apa sahaja yang kita lakukan.  Dalam konteks pekerjaan kita perlu niat dan beriltizam untuk bekerja sebaik mungkin.  Sebagai pelajar, niat dan beriltizamlah untuk kita menajdi pelajar yang terbaik.  Dalam erti kata yang lain, dalam apa sahaja yang kita lakukan kita tidak boleh berhenti setakat O.K sahaja, kerana O.K sebenarnya tidak O.K.  Sabda Rasullulah s.a.w;

Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang pekerja apabila ia melakukan yang terbaik.” (Diriwayatkan oleh Ahmad)

Maksud melakukan yang terbaik dalam pekerjaan ialah dengan cara meneliti hasil kerja itu, penuh bertanggungjawab, menjauhi penipuan dan kekurangan atau kerja sambil lewa dan tidak menjaga kepentingan orang lain.

Dalam konteks menjadi yang terbaik, manusia boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu;

1.  Berjaya = golongan manusia ini sentiasa menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam dengan melakukan atau mempelajari sesuatu yang baru yang boleh memberi munafaat kepadanya.

2.  Terpedaya = golongan manusia ini hari ini baginya adalah sama sahaja sepertimana semalam.  Tidak ada apa yang baru atau pelajaran baru yang diperolehinya.

3.   Celaka = amat malanglah bagi mereka-mereka yang tergolong dalam golongan ini, kerana bagi mereka hari ini lebih teruk daripada semalam.

Untuk menjadi cemerlang kita perlu memberi 100% komitmen kita kerana berbagai masalah dan halangan pasti akan menghalang.  Tetapi bagi orang yang hebat segala masalah dan halangan bukanlah menjadi penghalang kepadanya.  Bak kata pepatah, “puncak Everest tidak dapat ditawan dalam keadaan selesa.” Kita perlu gigih dan sabar untuk menawan puncak Everest.  Tidak ada kejayaan yang dicapai tanpa melalui sesuatu yang sukar.  Rahsia orang-orang yang berjaya ialah kegigihan dan kesabaran mereka melalui detik-detik sukar dan penuh rintangan sebelum mereka berada dipuncak kejayaan.

Aisyah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Sesiapa sahaja keletihan pada waktu petang hari akibat bekerja terlalu kuat, semua dosanya akan diampunkan pada petang itu”

Hadis di atas jelas sekali menunjukkan agama juga menuntut kita supaya bekerja bersungguh-sungguh.  Oleh itu, mulai dari sekarang, marilah kita mengukuhkan niat dan iltizam kita untuk memberi yang terbaik setiap kali kita melangkah untuk ke tempat kerja. Niat atau iltizam yang kuat akan membentuk pegangan yang kuat dalam minda yang seterusnya akan menterjemahkannya dalam bentuk tindakan dan tingkah laku.  Renung kata-kata berikut “Being positive or negative are habits of thoughts that have a very strong influence on life.”

Ringkasnya, untuk mendapat hasil yang luar biasa kita mesti berusaha secara luar biasa. Kita perlu mengubah cara kita bekerja.  Kita perlu mencari keberkatan dalam pekerjaan kita dengan menjadikan matlamat untuk bekerja kuat agar semua kerja-kerja kita boleh menjadi ibadah.  Kerana apabila kerja menjadi ibadah bermaksud kerja-kerja itu mendapat keberkatan Allah SAW.

Formula mencari keberkatan dalam pekerjaan =

Gaji + Pahala + Rahmat Allah

Dalam usaha mencari keberkatan dalam pekerjaan, kita harus yakin sepenuh hati bahawa Tuhan itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.  Kita perlu yakin bahawa Tuhan tidak akan pernah mengurangkan rezeki seseorang hanya kerana untuk menambah rezeki kepada seseorang yang lain.  Dalam erti kata lain, kita perlu menjauhkan diri kita dari sifat dengki atas sebab kejayaan orang lain kerana rezeki kita sudah tentunya telah ditentukan dan tidak akan pernah berkurang.  Walau pun begitu, ini bukan beerti kita perlu tawakal sahaja tanpa usaha.  Rasullullah s.a.w bersabda;

“Demi Tuhan yang nyawa ku berada dalam genggamannya.  Sesungguhnya apabila seseorang di antara kamu itu mengambil tali kemudian mencari kayu bakar dan diletakkan dibelakangnya, itu adalah lebih baik daripada ia mendatangi sseorang yang telah dikurniakan oleh Allah dari keutamaan Nya, kemudian meminta kepada orang itu, adakalanya diberi dan adakalanya ditolak.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Umar r.a pernah berkata;

“Jangan sekali-kali seseorang di antara kamu hanya duduk sahaja dan tidak suka berusaha untuk mencari rezeki dan hanya berdoa: “Ya Allah, berilah hamba rezeki.”  Tidakkah kamu semua telah mengetahui bahawa langit itu tidak akan menurunkan hujan emas atau perak.”

Ibnu Mas’ud r.a berkata:

“Saya ini benar-benar benci kalau melihat seseorang yang hanya menganggur sahaja, tidak berusaha untuk kepentingan dan urusan dunianya dan tidak pula berusaha untuk akhiratnya.”

Imam Ahmad bin Hambal r.a pernah ditanya: “Bagaimanakah pendapat tuan mengenai seseorang yang hanya duduk dirumah atau dimasjid, dan ia berkata: “Saya tidak mengerjakan sesuatu usaha apapun, sehingga rezeki ku datang dengan sendirinya.” Imam menyatakan: “Orang tersebut sangat bodoh dan tidak mengerti ilmu agama sama sekali.  Apakah orang yang sedemikian itu tidak pernah mendengar sabda Nabi perihal burung pun mencari rezekinya.”

“Keluar pagi-pagi dengan perut kosong dan pulang dengan perut penuh (kenyang).” (Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Selanjutnya mari kita renung sejenak, fikirkan kenapa ada orang yang kaya dan mewah tetapi hidupnya masih terasa ada kekosongan.  Mengapa ada orang yang bergaji besar tapi masih terasa kesempitan dalam kehidupannya.  Bagi orang-orang ini, mereka  sentiasa merasakan masih ada yang belum cukup dengan apa yang dimiliki.  Jawapan kepada semua keadaan ini adalah KEBERKATAN.  Mungkin rezeki yang dicari dan diperolehi selama ini tidak ada keberkatannya.  Mungkin seseorang itu gaji nya kecil tapi kehidupan baginya terasa bahagia sekali.  Ia mempunyai keluarga yang bahagia dengan anak-anak yang cerdik dan baik.  Kebahagiaan itu tentunya hasil dari keberkatan rezeki yang dicari dan digunakannya untuk membina keluarga dan membesarkan anak-anaknya.

Yakinlah bahawa pintu kecemerlangan sentiasa terbuka asalkan kita sanggup berusaha dan bekerja kuat.  Kunci utama kepada kecemerlangan adalah KEINGINAN.  Kita perlu mempunyai kehendak untuk mencapai kecemerlangan.  Kita perlu wujudkan motivasi yang kuat dalam diri kita untuk menjadi yang terbaik.  Salah satu sifat orang yang cemerlang adalah ia mempunyai dorongan yang kuat untuk bertindak dan menerima hakikat bahawa untuk menjadi cemerlang mereka perlu melakukan perubahan.

Stephen R. Covey penulis buku 7 Tabiat Orang Yang Amat Berkesan menegaskan bahawa pra-syarat untuk kita menjadi berkesan (cemerlang) adalah kemampuan kita untuk mengubah paradigma kita.  Paradigma bermaksud cara kita ‘melihat’ sesuatu, bukan dari segi erti kata melihat dengan penglihatan kita, tetapi dari segi persepsi, pemahaman dan tafsiran kita tentang sesuatu.  Cara mudah memahami paradigma ialah dengan melihatnya sebagai ‘peta’.  Katakan lah anda ingin ke suatu tempat di Bandaraya Kuala Lumpur.  Peta jalan Bandaraya Kuala Lumpur sudah tentu akan dapat membantu anda untuk samapai ke destinasi anda.  Tetapi katakan lah anda telah diberi peta yang salah.  Maka sudah tentunya segala usaha anda tidak akan membawa anda sampai ke destinasi yang henak dituju.  Oleh itu anda memerlukan ‘peta’ yang betul supaya anda dapat berusaha dengan lebih tekun untuk sampai ke destinasi anda.

Marilah kita berusaha untuk mengubah paradigma kita kepada sesuatu yang positif, kerana sesungguhnya kita tidak akan mampu untuk berubah kepada kecemerlangan sekiranya kita masih menggunakan ‘peta’ yang sama.  Kita perlukan ‘peta’ yang baru untuk melonjak diri kita ke arah kecemerlangan yang abadi.  Tidak kira apa pekerjaan kita atau apa jua peranan kita dalam kehidupan ini, samada kita pelajar, pemimpin atau penguatkuasa, kumpullah energi kita untuk mencari keberkatan dalam apa jua yang kita lakukan.  Sekiranya kita pemimpin, jadilah kita pemimpin yang cemerlang yang diberkati Allah saw, dan jika kita pelajar jadilah kita pelajar cemerlang yang diberkati setiap usaha dan kegigihan kita.  Moga-moga ilmu yang diperolehi diberkati dan dapat dimunafaatkan untuk kesejahteraan seluruh alam semesta ini.  Marilah kita renung kata-kata hebat ini;

“Sekiranya aku ditakdirkan untuk dilahirkan sebagai seorang tukang sapu, maka aku akan menyapu jalan sebaik mungkin seperti mana Shakespeare menulis sajak, atau sepertimana Beethoven mencipta lagu.  Aku akan menyapu jalan sehingga setiap orang yang lalu akan berkata bahawa aku lah penyapu jalan yang paling hebat.”

Salam hormat

Ahmad Nasir b. Abdul Gani        

About anbag

About my self
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s